Monday, February 14, 2011

Luangkan masa untuk diri sendiri.

   Setiap impian, perlu diiringi dengan usaha, pengorbanan, doa dan tawakkal. Setiap insan yang berjaya pada hari ini, pernah melalui kegagalan ,yang mana sangat-sangat  menyakitkan. Sehinggakan ada dikalangan mereka yang tidak dapat menerima kenyataan kegagalan, lalu mereka tergolong dikalangan orang-orang masalah mentel. Ini kerana tidak semua masalah itu dapat diselesaikan dengan begitu muda sekali,lebih-lebih lagi bagi golongan usahawan.Selain itu, masalah rumah tangga juga merupakan satu masalah yang sangat-sangat memerlukan, kesabaran, kesetiaan, keikhlasan antara satu sama lain. Dalam mempertahankan kebahagiaan rumah tangga, adalah satu cabaran yang sangat- sangat besar, bagi yang bergelar, suamai dan isteri





      Dalam hal ini, kita perlu, meluangkan masa sedikit untuk kita renungkan kembali diri kita sendiri, dengan mendekatkan diri kepada Yang Maha Kuasa. Di mana, setiap masalah akan dapat di selesaikan dengan tenang dan muda. Sebaliknya, jika sedikit masa itu tidak diluangkan, maka timbullah kes-kes bunuh- membunuh, perceraian, pengambilan dadah dan sebagainya. Mereka tidak memikirkan impak,dengan apa yang mereka lalukan, iaitu, keluarga terabai, malu, hina, sertah anak-anak kahilangan kasih sayang. Oleh itu, luangkanlah sedikit masa untuk diri sendiri demi kebahagian keluarga, rumah tangga dan juga kebahagiaan diri sendiri.           

No comments:

Post a Comment